1- Alhamdulillah, harga emas turun dengan cantik sekali beberapa minggu ini. Penurunannya kini hampir mencecah ke garisan Support untuk menentukan sama ada Chart Pattern berbentuk Triple Top di timeframe Daily akan valid atau sebaliknya.
2- Memandangkan pada pukul 11 malam ini berita penting Index Keyakinan Pengguna di Amerika akan diumumkan, para Trader mula membuat Short position untuk keluar daripada dagangan dan masuk semula selepas keputusan berita ini dikeluarkan.
3- Jika berita tersebut negatif kepada Dollar, maka kemungkinan besar harga emas akan naik semula kerana ketika ini penurunannya hampir mencecah garisan Support iaitu pada Fibo Line 38.2.
4- Jika sebaliknya, kemungkinan besar harga emas akan turun lagi sekaligus membuatkan Chart Pattern Triple Top menjadi valid dan harga dijangka menuju ke garisan Fibo 50 dan 61.8.
5- Seperti yang selalu saya buat, saya akan lock price sebaik sahaja harga emas mencecah ke setiap garisan kuning bertujuan untuk mengaut keuntungan spekulasi melalui Teknik Dollar Cost Averaging.
6- Jika anda benar2 mahu menjadi seorang pelabur sebenar, laburkan lah wang anda untuk mendapatkan ilmu pelaburan, nescaya ianya berbaloi.
7- Elakkan daripada sekadar menjadi seorang follower, kerana nanti anda akan hilang keyakinan dan merasa kerugian apabila harga yang anda lock tiba2 terus turun di sebabkan anda tiada Rancangan Pelaburan (Investment Plan).
8- Kepada customer yang telah membuat locking price dengan Dealer2 PG, pastikan anda jujur dan ikhlas dengan setiap keputusan anda untuk membeli kerana ketika ini saya pasti ramai customer yang tiba2 terus berdiam diri apabila harga yang di lock terus turun.
10- Kemudian mereka akan pergi kepada Dealer lain pula, dan lock price dengan Dealer tersebut. Aktiviti seperti ini berterusan sehinggalah harga emas yang di lock naik semula.
11- Nasihat saya, peliharalah etika dan maruah seorang Pelabur, pastikan anda ada perancangan. Jika anda tidak tahu merancang, minta nasihat sesiapa yang boleh membantu.
12- If u fail to plan, you're plan to fail.