Popular Posts

Saturday, January 29, 2011

Adakah Anda Perlukan Wang Untuk Mendapatkan Wang? - Mind Set


 1- Sebahagian orang menjawab, "Sudah tentu, jika tidak bagaimana mahu membuat pelaburan dan perniagaan untuk mengembangkannya. Nasib baik saya tak ada modal je, kalau tak dah lama saya kaya"!!

2- Sebahagiannya lagi termasuk saya menjawab, "Tidak! Buktinya ramai orang yang menjadi kaya sekelip mata, dan miskin kembali dengan sekelip mata juga".

3- Sebagai contoh seseorang yang menang berjudi, membawa pulang wang berjuta ringgit hasil kemenangannya, namun ianya habis begitu saja dalam seminggu kerana wang tersebut digunakan untuk berjudi semula.

4- Kerana pada pendapatnya, hanya wang yang boleh menghasilkan wang. Jika sebelum ini dia memenangi RM 10 juta dengan hanya bermodalkan RM 100k, jadi pada tanggapannya dia akan membawa pulang RM 100 juta pula selepas ini kerana modal untuk kali yang kedua lebih besar.

5- Tidak kurang juga dengan mereka yang mengalami kerugian wang modal selepas mereka melaburkannya dengan harapan mereka akan mendapat pulangan yang tinggi dan agak sukar untuk megalami kerugian kerana modal mereka besar.

6- Begitu juga dengan mereka yang berniaga dengan harapan untuk menjana lebih banyak wang, akhirnya terpaksa hidup melarat bersama hutang keliling pinggang.

7- Justeru, saya berfikiran yang saya tidak hanya memerlukan wang semata2 untuk tujuan mendapatkan lebih banyak wang.

8- Sebaliknya hanya dengan beberapa patah perkataan (Words) saja, saya boleh mendapatkan wang yang lebih banyak tanpa memerlukan modal yang besar.

9- Perkataan yang bagaimana? Jika sebelum ini saya selalu berkata, "Aku tak mampu la beli emas sampai RM 20k...", saya hanya perlu menukarkannya kepada kata2 seperti "Macamana supaya aku pun boleh beli emas sampai RM 20k...."

10- Jika dulu,  "Engkau boleh la, tak banyak komitmen lagi, aku anak ramai, family besar..." Kini hanya perlu berkata, "Anak aku ramai, family aku besar dan komitmen aku tinggi, jadi aku mesti berusaha dan cari jalan"...

11- Sebelum ini, "Risiko tinggi tu, tak nak la, takut rugi nanti..", Kini tukarkan kepada "Aku yang buat plan, aku yang mengurus risiko supaya tak rugi..."

12- Kata2 di atas berlawanan kedua2 maksudnya. Dari perkataan yang negatif di tukarkan kepada perkataan yang positif.

13- Setiap patah perkataan yang keluar akan merangsang minda untuk bertindak balas, justeru, jika perkataan berbentuk negatif yang keluar dari mulut anda, maka minda juga akan akan bertindak negatif juga dan sebaliknya.

14- Minda yang negatif akan menolak sebarang pembaharuan manakala minda yang positif akan menzahirkan tindakan.

15- Tindakan yang positif akan cuba mencari jalan penyelesaian dalam membuat perubahan seperti yang dimahukan.

16- Justeru, sebagai langkah tindak balas positif, minda akan mendapatkan Ilmu melalui proses pembelajaran (Education) dan seterusnya menukarkannya menjadi pengetahuan (Knowledge).

17- Knowledge yang ada terus dipraktikkan dan dari proses ini ianya akan memberikan pengalaman (Experience).

18- Dengan berbekalkan pengalaman yang ada, ianya akan membantu anda menjana kewangan yang lebih banyak (Excessive Cash).

19- Jadi, perancangan saya dalam menjana kewangan yang lebih banyak hanya bermula dengan Words + Education + Knowledge + Experience = Excessive Cash.

20- Apa yang menarik ialah, perkataan tidak memerlukan wang, jadi anda bebas menyebutnya sesuka hati secara percuma setiap ketika, saya yakin ianya akan terus ke proses yang seterusnya seperti flow di atas.