Popular Posts

Wednesday, January 12, 2011

Analisis Teknikal Gold & Silver : Petanda Baik Untuk Tambah Stok

Alhamdulillah, pada minggu ini chart kelihatan seperti sedang berpatah balik dan menuju ke paras harga tertinggi sebelumnya. Rujuk carta pergerakan harga Gold & Silver di bawah ini.

GOLD 

 
Seperti posting mengenai Analisis Teknikal yang sebelum ini, saya menjangkakan sekiranya harga melepasi garisan kuning yang pertama, maka ia akan terus menuju ke garisan kuning yang seterusnya, dan sekiranya ia gagal maka ia akan berpatah balik ke atas dan menuju ke paras tertinggi yang sebelumnya.

Melihat kepada pergerakan harga pada hari ini seperti di dalam carta di atas, menunjukkan Reversal Pattern telah terbentuk dan sekiranya tiada berita2 fundamental yang menyokong kepada pengukuhan nilai dollar, dijangka harga emas akan meneruskan pendakian ke paras tertinggi iaitu pada garisan putih melintang.

Mengikut pemerhatian saya pada carta di atas juga menunjukkan, satu Technical Pattern yang akan membuatkan pembeli2 emas tersenyum lebar sedang terbentuk, tetapi ianya belum semnpurna dan hanya akan valid sekiranya harga emas pada tahun ini melepasi garisan putih melintang tersebut. Untuk sementara ini, biarlah rahsia....hehe..

SILVER



Pergerakan Silver juga menunjukkan Reversal Pattern sedang terbentuk dan kini ia sedang menuju ke atas semula. Seperti yang saya jangkakan dalam analisis pada minggu lalu, sekiranya harga Silver gagal melepasi garisan merah yang bertindak sebagai resistance level, maka harga akan berpatah balik semula menuju ke paras tertinggi sebelumnya.

Lock secepat mungkin sebelum harga kembali tinggi !! Call 019-4442400