Popular Posts

Tuesday, December 14, 2010

Ramalan Kenaikan Harga Emas Pada Tahun 2011

Di sini saya postkan sedikit artikel dari Bloomberg berkenaan kenaikan harga emas dalam jangkamasa 12 bulan yang akan datang.

Semoga ianya sedikit sebanyak akan memberikan pendedahan kepada kita semua tentang keuntungan pelaburan emas!!




Kenaikan emas pada tahun 2010 sebanyak 28%, tahun 2011 dijangka 28% juga, purata kenaikan dalam tempoh 2 tahun adalah sebanyak 56%!!

Manakala kenaikan Silver pada tahun ini telah mencecah 77% dan mungkin akan meningkat kepada 80%. Pada tahun hadapan kenaikan harga Silver dijangka akan meningkat lebih tinggi lagi disebabkan permintaan yang berganda bagi kegunaan industri!!

Adakah rugi membeli Emas & Perak?

Keputusan di tangan anda, tentukan halatuju kebebasan kewangan anda, disamping memiliki aset pelaburan yang kukuh dan terjamin sejak zaman-berzaman.

Call / sms saya di 019-4442400 untuk lock price sekarang!!

Saturday, December 11, 2010

Emas & Perak Akan Terus Meningkat Disebabkan Pertambahan Permintaan Ke Atasnya

Pada minggu ini harga Emas & Perak telah  meningkat dengan mendadak dan telah berjaya melepasi harga tertinggi yang dicatatkan sebelum ini. Pergerakan rancak komoditi ini berlaku ketika di sesi dagangan Asia berikutan para pelabur menjangkakan lebih banyak tunai akan dicetak oleh penggubal polisi bagi memacu semula pertumbuhan ekonomi di U.S dan Eropah

Justeru, fenomena ini telah menggalakkan para pelabur dan pengguna untuk membeli Emas dan Perak sebagai alternatif matawang, selain bagi melindungi nilai harta dan kekayaan mereka.

Emas telah meningkat sebanyak 29% dan Perak pula meningkat sehingga 77% pada tahun ini, ekoran tindakan oleh bank2 dan pihak kerajaan yang telah menambah bertrillion dollar Amerika di dalam pasaran bertujuan melancarkaan aliran wang di pasaran tempatan sekaligus merancakkan semula aktiviti ekonomi Amerika.





Kebimbangan terhadap ketidakstabilan ekonomi Amerika dan krisis kewangan di Eropah juga menjadi faktor timbulnya spekulasi yang mengatakan lebih banyak wang kertas akan dicetak bagi memulihkan kembali keadaan ekonomi semasa, sekaligus melemahkan nilai dollar dan meningkatkan harga Emas, Perak dan komoditi berharga yang lain.

Thursday, December 2, 2010

Buku Akaun Simpanan Emas = Gold Paper, Benarkah Berbaloi Atau Sebaliknya?

Umum telah mengetahui dan mengenali produk perbankan yang berasaskan kepada pelaburan emas ini, justeru setiap kali berbicara mengenai pelaburan emas, pasti soalan mengenai GSPA, GIA dan yang seangkatan dengannya tidak akan terlepas daripada menjadi soalan utama.

Baiklah, saya ingin kongsikan serba sedikit ilmu dan fakta berkenaan Gold Paper ini, anda nilai dan buat perbandingan sendiri.





Fakta :
1- Apabila anda membuka akaun simpanan emas ini, anda difahamkan oleh pihak bank bahawa anda telah membeli sejumlah emas yang sama nilai dengan deposit anda, walhal sebenarnya anda hanya memberi pinjaman wang secara percuma kepada bank.
2- Ada bank yang menawarkan redemption emas fizikal, tetapi sudah pasti anda akan dikenakan caj tambahan.
3- Anda tidak boleh mengosongkan deposit di dalam buku akaun, anda disyaratkan untuk meninggalkan sejumlah amaun yang telah ditetapkan.
4- Apabila anda hendak menjual semula (untuk mengambil keuntungan), anda akan dikenakan lagi beberapa cas yang sudah semestinya akan mengurangkan margin keuntungan anda.
5- Pelaburan ini tidak melindungi nilai harta dan wang anda kerana anda membayar sejumlah wang hanya untuk mendapatkan sekeping buku akaun dengan beberapa nilai tertulis didalamnya, berbeza dengan anda membayar wang dan dapat seketul emas.
6- Apabila berlaku penurunan harga emas, akan sampai ke satu tahap apabila jumlah deposit anda tadi tidak mampu lagi untuk menampung penurunannya, anda diminta untuk membuat sejumlah deposit lagi bagi menampung penurunan tersebut dan pastinya bank akan mengatakan ini adalah peluang untuk anda membeli emas dengan harga yang lebih rendah. Hakikatnya, apabila harga emas menurun pasti sesuatu telah berlaku terhadap ekonomi dunia dan sudah pasti ekonomi negara dan anda sendiri juga terkena tempiasnya!! pada waktu itu adakah anda masih mempunyai wang untuk membuat deposit lagi?
7- Sekiranya anda tidak membuat deposit tersebut maka wang anda kan hilang begitu sahaja. Perkara yang tidak diketahui umum ialah sebenarnya deposit di dalam akaun ini tidak dilindungi oleh PIDM!!
8- Bank hanya memberi figure kepada anda, wang deposit anda tidak didagangkan pun, tetapi digunakan oleh pihak bank secara percuma, dan jika anda kehilangannya bank akan untung besar!! Jika anda untung sekalipun bank akan tetap untung besar kerana telah menggunakan wang anda untuk menjana keuntungan dan mengenakan beberapa cas kepada anda.
9- Anda dikenakan spread yang besar jika mahu menjualnya semula disamping beberapa cas sampingan yang perlu dibayar.

Saya kira cukuplah setakat ini sahaja walaupun sebenarnya ada banyak lagi, tetapi beberapa fakta ini saya rasa dah cukup untuk memberikan anda kesedaran dan gambaran sebenar tentang produk perbankan ini.




Di antara Institusi kewangan yang menawarkan produk ini di Malaysia ialah :

1- Gold Saving Passbook Account - Maybank
2- Gold Investment Account - Public Bank
3- Kuwait Finance House Gold Account - Kuwait Finance House
4- Citibank Gold Account & Citibank Dual Currency Account - Citibank
5- Gold Investment Account - UOB Bank

Fikirkan2 dan selamat beramal!!

Spekulasi Pasaran : Emas Dijangka Melonjak Disebabkan Krisis Kewangan Di Eropah

Sungwoo Park di Seoul hari ini melaporkan kepada Bloomberg bahawa harga emas dijangka meningkat disebabkan spekulasi bahawa berita mengenai krisis kewangan bank2 di Eropah bakal tersebar luas sehingga ke Ireland.





Ada spekulasi mengatakan yang Spain dan Portugal kini sedang dihantui kebimbangan mengenai perkara ini, dan mereka sedang berusaha untuk melindungi / melaburkan aset mereka untuk sesuatu yang lebih terjamin dan selamat dan tiada pilihan lain selain daripada membeli emas, demikian menurut Mark Pervan, Ketua Penyelidikan Komoditi di Australia & New Zealand Banking Group Ltd.

Para pelabur masih bimbang mengenai apa yang bakal berlaku kelak, apa akan berlaku kepada negara lain dan apa yang bakal terjadi kepada matawang Euro.

Analisis Teknikal : Gold & Silver In Ranging Mode

Nampaknya pergerakan Emas & Perak pada minggu lepas sehingga ke hari ini masih lagi berada di dalam pergerakan Ranging, iaitu tidak berlakunya pendakian dan penurunan dalam volume yang besar.

Namun kepada para pelabur tegar yang ingin mengaut keuntungan melalui teknik spekulasi pasaran, diharap agar sentiasa memerhatikan pergerakan pasaran kerana kebiasaannya selepas harga Ranging akan berlaku pergerakan dalam skala yang besar!! (Big Movement)



GOLD






SILVER




Pergerakan Ranging memberikan gambaran bahawa para pelabur dan spekulator kelihatan agak kurang berminat untuk membuat dagangan disebabkan oleh beberapa faktor fundamental ataupun berita2 ekonomi semasa.

Keadaan ini seolah2 seperti sebuah sungai yang tenang, namun jaga2 kerana selepas ini ianya akan bergelora!!

Dan diibaratkan anda adalah seorang Pengail, anda boleh 'mengail' di sungai ini sama ada dalam keaadaannya yang tenang ataupun bergelora, kerana dalam keadaan tenang anda tetap dapat ikan dan dalam keadaan bergelora anda pastilah mendapat lebih banyak ikan kerana di ketika itu ikan2 besar sedang memaksa ikan2 kecil untuk naik ke permukaan!!