Pada minggu ini harga Emas & Perak telah meningkat dengan mendadak dan telah berjaya melepasi harga tertinggi yang dicatatkan sebelum ini. Pergerakan rancak komoditi ini berlaku ketika di sesi dagangan Asia berikutan para pelabur menjangkakan lebih banyak tunai akan dicetak oleh penggubal polisi bagi memacu semula pertumbuhan ekonomi di U.S dan Eropah
Justeru, fenomena ini telah menggalakkan para pelabur dan pengguna untuk membeli Emas dan Perak sebagai alternatif matawang, selain bagi melindungi nilai harta dan kekayaan mereka.
Emas telah meningkat sebanyak 29% dan Perak pula meningkat sehingga 77% pada tahun ini, ekoran tindakan oleh bank2 dan pihak kerajaan yang telah menambah bertrillion dollar Amerika di dalam pasaran bertujuan melancarkaan aliran wang di pasaran tempatan sekaligus merancakkan semula aktiviti ekonomi Amerika.
Kebimbangan terhadap ketidakstabilan ekonomi Amerika dan krisis kewangan di Eropah juga menjadi faktor timbulnya spekulasi yang mengatakan lebih banyak wang kertas akan dicetak bagi memulihkan kembali keadaan ekonomi semasa, sekaligus melemahkan nilai dollar dan meningkatkan harga Emas, Perak dan komoditi berharga yang lain.