Popular Posts

Wednesday, January 5, 2011

Gold & Silver Technical Analysis - Januari 2011

Sebelum ini saya telah membuat posting berkenaan berita ekonomi yang menjadi faktor penurunan harga Gold & Silver sejak semalam dan hari ini, sekarang jom kita tengok analisis teknikal pula.

Untuk makluman, analisis pasaran terbahagi kepada 2 :

1- Analisis Fundamental (Berdasarkan Berita & Data Semasa Ekonomi)
2- Analisis Teknikal (Berdasarkan Pergerakan Carta Harga)

Kedua2 analisis ini perlu seiring dan diaplikasikan serentak, bermakna jika keputusan ataupun Hipotesis pasaran dibuat hanya berdasarkan salah 1 analisis sahaja, maka ianya masih belum lengkap dan kebarangkalian untuk keputusan ramalan pergerakan tersasar adalah lebih tinggi.

Selain itu juga, apenguasaan ilmu nalisis fundamental amat penting agar emosi dan minda seseorang pelabur / trader dapat dikawal dan seterusnya membuat keputusan dengan baik & rasional sekiranya pelaburan kita berada dalam keadaan yang tidak menguntungkan pada ketika itu.


GOLD


Seperti yang kita lihat pada chart diatas, harga emas sedang mencecah paras Retracement yang pertama. Tersapat 2 kemungkinan disini iaitu jika harga terus jatuh, maka ianya akan mencecah ke garisan kuning di bawahnya pula. Jika sebaliknya, maka harga akan berpatah balik semula ke atas.

Saya melihat kemungkinan untuk harga berpatah balik semula disebabkan terdapat Hidden Support Line (warna putih) pada paras harga ketika ini. Tetapi jika sebaliknya, terdapat kebarangkalian untuk harga menuju ke garisan kuning yang seterusnya



SILVER



Tidak banyak berbeza dengan harga Emas, cuma Silver masih belum mencecah garisan Retracement yang pertama. Namun terdapat juga kemungkinan untuk harga berpatah balik kerana terdapat halangan Garisan Hidden Support di situ. Namun jika sebaliknya yang berlaku, mungkin harga Silver akan mencecah ke garisan kuning yang seterusnya.


Advise : Lock / Beli setiap kali harga mencecah garisan kuning kerana pada garisan2 tersebut kebanyakan trader akan membuat Buy Order dan ini akan menybabkan harga kedua2 komoditi naik semula. Ketika inilah kita akan mengaplikasikan teknik Dollar Cost Averaging.