Ianya mungkin disebabkan para Trader yang agak panik dan kurang pasti dengan hala tuju pasaran semasa emas ekoran pada Jumaat lepas Ben Bernanke (Fed Chairman) memberikan ucapan berkaitan perkembangan semasa ekonomi di U.S.
GOLD
Walaubagaimanapun, kira2 beberapa jam selepas Fed Bernanke selesai membuat pembentangan, harga emas kembali meningkat, dan ianya memberikan gambaran bahawa laporan tersebut memberikan impak negatif terhadap U.S Dollar.
Namun begitu, dari sudut teknikalnya harga masih sedang mencuba untuk melepasi Resistance line iaitu pada level Fibo 23.6, dan jika anda perhatikan harga emas telah 5 kali mencuba untuk melepasi Support Line pada level Fibo 38.2 namun masih tidak berjaya. Kebiasaannya selepas sesuatu harga membuat percubaan (Retest) 3-5 kali dan masih tidak berjaya membentuk New Low, maka ianya akan Rebounce semula dan menuju ke Resistance Level seterusnya iaitu pada level Fibo 0.0, iaitu paras tertinggi yang terbentuk sebelumnya.
Jika anda perhatikan, Volume Bull adalah lebih tinggi berbanding Bear, yang mana ianya memberikan gambaran bahawa lebih ramai Trader mengambil keputusan untuk membuat Long Order (Buy) semula pada ketika ini.
Sekiranya pada pagi ini selepas sesi dagangan dibuka harga berjaya melepasi Resistance Line, maka harga emas akan terus menuju ke destinasi seterusnya iaitu di paras 0.0 Fibo, dan sekiranya ia berjaya mencecah dan melepasi paras tersebut, maka sasaran harga yang seterusnya jika menurut Fibo Expansion ialah pada garisan hijau tersebut iaitu pada harga sekitar $ 1480 per oz.
Namun sekiranya pada esok hari terdapat beberapa berita ekonomi terbaru yang memberikan impak positif kepada U.S, maka berkemungkinan harga akan turun semula ke paras Fibo 38.2, dan jika ia berjaya melepasinya maka hala tuju yang seterusnya ialah pada level Fibo 50.0.
Setakat analisis saya pada ketika ini, kebarangkalian kenaikan harga pada minggu ini adalah lebih tinggi berbanding kebarangkalian penurunan, selepas berpandukan kepada Indi RSI yang masih bergerak di atas garisan Bull Trend.
Survey yang dilakukan oleh Bloomberg keatas 19 individu yang terdiri daripada Trader, Investor dan market Analysts menunjukkan 12 orang daripada mereka atau 63% meramalkan kenaikan harga komoditi ini pada minggu ini.
SILVER
Pergerakan Silver di akhir dagangan pada minggu lepas menunjukkan kenaikan yang lebih tinggi dan konsisten berbanding emas. Reversal candlestick pattern telah pun terbentuk dan ianya dijangka bakal mengakhiri correction market yang berlaku di sepanjang dagangan pada minggu lepas.
Bull volume juga telah mengatasi Bear, dan pergerakan RSI juga telah berada diatas paras 50 setelah membuat Rebounce pada garisan Trendline.
Sasaran seterusnya dijangka menuju ke paras tertinggi pada bulan ini, dan sekiranya harga berjaya melepasi paras ketinggian itu, maka destinasi seterusnya ialah pada paras Fibo expansion 61.8 (Garisan hijau) iaitu sekitar $ 32 per oz.
Please make your decision now, masih belum terlambat untuk anda bermula ataupun menambahkan lagi simpanan emas dan perak yang telah sedia ada!!
Call / SMS me @ 019-4442400 to lock your price anytime!!