Popular Posts

Thursday, November 4, 2010

Analisis Teknikal : Emas & Perak Bakal Melonjak Lagi!! Jom Tambah Stok Sekarang!!

Seperti yang dijangka, pergerakan harga emas & perak telah mula mengganas pada malam ini. Ini berikutan keputusan Federal Reserve yang membelanjakan $600 Billion untuk memulihkan semula kemelesetan ekonomi di U.S.





Demand ke atas komoditi berharga ini juga terus meningkat ekoran keputusan Federal Reserve yang memutuskan untuk mengekalkan kadar Interest Semasa di paras terendah iaitu 0.25%.
 
Kadar interest yang rendah memberi petunjuk bahawa U.S sedang dalam proses pemulihan semula ekonomi dan ianya bertujuan agar rakyat di negara itu akan banyak membuat pinjaman dan seterusnya membelanjakan wang di pasaran tempatan untuk melancarkan aliran wang di dalam pasaran sekaligus dapat memacu semula pertumbuhan ekonomi.

Walaupun begitu, proses recovery ini dijangka mengambil masa sehingga 2-3 tahun, dan sudah tentu ianya bakal melonjakkan lagi harga komoditi emas & perak di dalam dagangan antarabangsa.




Cuba perhatikan carta ini, garisan kuning diatas dijangka akan menjadi destinasi pertama harga emas sehingga ke hujung tahun ini, ianya adalah pada paras $ 1460 per oz.

Ianya adalah peningkatan kira2 sebanyak 6% daripada harga terkini, dan ianya dijangka bakal menjadikan harga emas 999.9 di pasaran tempatan mencecah ke paras RM 170.00 berbanding RM 160.00 ketika ini.




Silver juga menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding emas, cuma kerana ianya tidak boleh dipajak, lalu menjadikannya kurang mendapat sambutan masyarakat melayu di pasaran tempatan (Malaysia). Walaubagaimanapun bagi masyarakat cina ketika ini, mereka lebih banyak membeli Silver berbanding emas!!

Harga Silver bakal mencecah sekurang2nya $27 per oz dalam jangkamasa terdekat ini, dan mungkin akan mencecah sehingga $30 per oz pada hujung tahun ini.

Fakta yang perlu anda tahu ialah :

Kenaikan emas bermula Januari - Oktober 2010 = 24%
Kenaikan perak bermula Januari - Oktober 2010 = 48%
Untuk makluman, kenaikan ini belum dikira dengan lonjakan harga pada malam ini!!

Nah, kini anda tahu kenapa bangsa cina lebih banyak membeli perak kan? harganya murah dan kenaikannya tinggi!!

Saya sendiri telah membeli 1kg perak untuk simpanan dan pelaburan. Target saya ialah untuk membeli sebanyak 10kg!!

Bayangkan, dalam tempoh lebih kurang 2 minggu sahaja, Silver 1kg yang saya beli telah meningkat lebih kurang RM300!! jika 3kg? ini baru 2 minggu...bagaimana jika sehingga hujung tahun hadapan???

Ini bukan masa untuk termenung dan menyesal kerana tidak membeli emas ketika harganya rendah, jika anda masih bersikap begitu sampai bila2 pun anda takkan membeli emas & perak.

Ini adalah masa untuk anda sms kepada saya, dan lock harga emas & perak anda!! sms ke 019-4442400